Thursday, March 30, 2023

CARA BUAT CANDY KELAPA CHEF OBIE 3 hari 300 000 capaian di fb page Bazaar Chef Obie✔️

 

❤Chef Obie nak kongsikan sesuatu bermanfaat ulangan telah kongsikan dlm blog.
CARA BUAT CANDY KELAPA CHEF OBIE 3 hari 300 000 capaian di fb page Bazaar Chef Obie✔️

Bahan-bahan
2 biji kelapa parut
kelapa muda lagi baik
2 tin susu pekat ( tak kisah jenama apa pun )
380gm gula pasir
3 sudu besar margarine atau mentega ( orang dulu tak guna mentega )
pewarna makanan pilihan korang sendiri
3 helai daun pandan dicarik dan dsimpul
Peralatan kuali atau Periuk , juga loyang
Cara Penyediaan :
1-Sangai sebentar kelapa dalam kuali kiranya menggoreng tanpa minyak ( hingga hampir kering, jangan sampai kering karang jadi kerisik pulak )
2- kemudian,Pindahkan kedalam periuk yang lebih besar dan tebal
3-Campur semua bahan yang lain dan masak
perlu kacau sentiasa atas api yang perlahan (pastikan jangan sampai ada yang hangit )
4-Apabila gula telah cair dan menggelegak ( korang perlu berhati-hati part ni,sebab air gula yang panas ini percik tau..)
5-Kacau adunan sehingga adunan tidak melekat pada periuk.
( adunan berkumpul di bahagian tengah )
Akhir sekali bubuh pewarna ( bahagikan 3 bahagian )
Matikanlah api, dan masukkan margarine / mentega kacau rata
Masukkan ke dalam acuan lebar 12 x 12 atau lagi besar lagi eloklah..
chef obie sarankan..sebab kite akan tekan dan ratakan pastikan ketebalan CANDY KELAPA 1/2 inci. Biar Sejuk kemudian potong kemas. Boleh wrapping ikut kreativiti anda. Boleh aje buat niaga .
🇲🇾 Sukacita Chef Obie war-warkan Info kepada korang yg berminat BUKA KEDAI BAHAN BAKERI


👇
✔️ Sejak tahun 2013 hingga 2023 Chef Obie membantu usahawan baru kedai bahan bakeri di Semenanjung Malaysia , Sabah & Sarawak

CARA BUAT KULIT KARIPAP RANGUP Rapuh lembut tak liat bila sejuk - Chef Obie Lebih 77 000 Tontonan

CARA BUAT KULIT KARIPAP RANGUP Rapuh lembut tak liat bila sejuk - Chef Obie Lebih 77 000 Tontonan

Bahan Doh Rangup
500 gm Tepung Gandum
2 sdb Minyak Masak
1 sdb Marjerin
1/2-3/4 cawan Air Sejuk @ Ais
1/2 sdt Garam
Cara Penyediaan Penuh

Mixed semua bahan diatas , uli sehingga menjadi doh.
Kemudian rehatkan doh sebentar sebelum anda canai nipis-nipis ( pastikan canai tu nipis supaya doh akan rangup dan berjerawat apabila digoreng ), cutter dan kelim menjadi karipap.

Pastikan waktu menggorang menggunakan minyak yang banyak dan juga pastikan karipap sewaktu menggoreng tenggelam , karipap akan terapung apabila ia telah masak rangup. Api jangan terlalu besar , sederhana panas sahaja.

atau anda boleh klik link diberi kerana ada perkongsian penuh
Dalam video
You Tube : OB tv
Kongsikan kepada saudara-saudara kita yg mencari cari resepi doh karipap yg marbeles ini ! Ada kawan2 kita diluar sana yg menggunakan resepi Chef Obie ini untuk bizz kuih frozen dan telah menjana pendapat keluarga. Alhamdulillah.. Selamat Maju Jaya Semoga Bermanfaat.










Salam Ramadhan , Selamat Berpuasa Semoga Allah berkati usaha yg baik sesama kita , InshaAllah ❤🇲🇾
👇



Saya Chef Obie
penulis dan pengasas file kit dan pe drive ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN KEK DAN BAKERI sejak 2013 hingga kini
Alhamdulillah
Telah membantu ramai usahawan baru kedai bahan bakeri di Semenanjung Malaysia , Sabah & Sarawak sejak 2013 hingga kini
Klik link http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/.../blog-page_17...
CARA BUKA KEDAI BAHAN KEK & BAKERI

Terus hubungi
MGJ CONSULTANCY
Ampang / KL

http://www.wasap.my/60172260719
Chef Obie ( Pengasas )
http://www.wasap.my/60137326939
Abang Fad Kadeen Assistant Chef Obie

#chefobie #resepichefobie #karipap #Resepikaripap #karipapsardin 

Wednesday, March 29, 2023

Pilihan Biskut Raya 2023 : RESEPI BISKUT MAZOLA Chef Obie

 Pilihan Biskut Raya 2023

✅ RESEPI BISKUT MAZOLA
Chef Obie®
Bahan
500 gram kacang tanah
480 gram tepung gandum
20 gram Tepung jagung
380ml minyak jagung ( guna jenama Mazola kalu nak try jenama lain pun boleh , tapi dah tak boleh
guna nama biskut mazola..kena tukar nama lain )
280 gram gula castor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur dicampur dengan pewarna kuning + minyak masak 2 sudu makan ( untuk di gliss ).
Cara Penyediaannya :
1. Kacang tanah ( goreng tanpa minyak- disangai) , blender hingga hancur.
2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal.
3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, Bakar pada suhu 160 - 170 darjah selama 25minit atau sehingga permukaan biskut perang ( ikut oven masing-masing , sbb setiap oven dlm rumah suhu x sama )
4. sejukkan atas redai
5. simpan di dalam bekas yang kedap udara, jangan segan untuk menggunakan resepi chef obie ini...ia mudah dan sedap....dah bertahun dikongsikan dlm website dan blog , semoga bermanfaat
👇
Tuan Puan Dapatkan
File kit & Pendrive
Chef sebagai pengasas file kit suka cita kongsikan intipati yg wajib diketahui oleh semua bakal usahawan kedai bahan bakeri
👇
Intipati juga SENTIASA DIUPDATED DAN DIUPGRADE tahun demi tahun bagi memastikan relevannya FILE KIT DAN PENDRIVE ini. ( Asal produk dikenali dengan FILE KIT DAN CD ROM )
INFO PRODUCT DAN CARA PEMBELIAN :
FILE KIT DAN PENDRIVE ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BAKERI
👇
Intipati
1.Permintaan Pengguna
2.Cabaran & Halangan
3.Ilmu Pengusaha
4.Kepelbagaian & Susun Atur
5.Kos
6.Pemasaran
7.Kejuruteraan List Bahan Bakeri
( peri penting bahan n keperluan order bhn )
8.Contoh Premis
9.Pembekal Utama****
10.Testimoni
11.Tips PENTING
12.Senarai Pembekal
13.Pembekal Rak
14.PERCUMA 20 Standard Resepi Pelbagai Jenis Tepung Berharga RM20, 000
❤ Keistimewaan setelah miliki File Kit & Pendrive Asas Membuka Perniagaan Pembekal Bahan Kek & Bakery
👇
* Selepas memiliki file kit
✅ 1 Tahun Pihak Chef | MGJ CONSULTANCY Akan Marketing kedai bahan bakeri pemilik secara percuma.
✅ Info kedai pemilik akan diaktifkan dalam google carian
✅Info kedai pemilik akan diupdate dan aktifkan ke dlm 16 website/ blog milik Chef Obie
✅Meeting Zoom / Google Meet utk meeting suai kenal dan sessi Q & A ( Soal & Jawab berkait dgn File Kit ) utk pemilik diluar kuala lumpur dan yg menerima file kit secara postage tidak by hand
✅ K. I. T ( Keep In Touch ) bersama Chef Obie & Team.
👆
Tuan Puan boleh klik link utk info berkait file kit ini , bertestimoni sejak 2013 hingga kini

Resepi Epok-epok Berjerawat atau Karipap Crispy Chef Obie

  Resepi Epok-epok Berjerawat atau Karipap Crispy Chef Obie Alhamdulillah syukur , masih digerakkan hati untuk berkongsi resepi yang mudah ,...