Total Pageviews

Thursday, March 30, 2023

CARA BUAT CANDY KELAPA CHEF OBIE 3 hari 300 000 capaian di fb page Bazaar Chef Obie✔️

 

❤Chef Obie nak kongsikan sesuatu bermanfaat ulangan telah kongsikan dlm blog.
CARA BUAT CANDY KELAPA CHEF OBIE 3 hari 300 000 capaian di fb page Bazaar Chef Obie✔️

Bahan-bahan
2 biji kelapa parut
kelapa muda lagi baik
2 tin susu pekat ( tak kisah jenama apa pun )
380gm gula pasir
3 sudu besar margarine atau mentega ( orang dulu tak guna mentega )
pewarna makanan pilihan korang sendiri
3 helai daun pandan dicarik dan dsimpul
Peralatan kuali atau Periuk , juga loyang
Cara Penyediaan :
1-Sangai sebentar kelapa dalam kuali kiranya menggoreng tanpa minyak ( hingga hampir kering, jangan sampai kering karang jadi kerisik pulak )
2- kemudian,Pindahkan kedalam periuk yang lebih besar dan tebal
3-Campur semua bahan yang lain dan masak
perlu kacau sentiasa atas api yang perlahan (pastikan jangan sampai ada yang hangit )
4-Apabila gula telah cair dan menggelegak ( korang perlu berhati-hati part ni,sebab air gula yang panas ini percik tau..)
5-Kacau adunan sehingga adunan tidak melekat pada periuk.
( adunan berkumpul di bahagian tengah )
Akhir sekali bubuh pewarna ( bahagikan 3 bahagian )
Matikanlah api, dan masukkan margarine / mentega kacau rata
Masukkan ke dalam acuan lebar 12 x 12 atau lagi besar lagi eloklah..
chef obie sarankan..sebab kite akan tekan dan ratakan pastikan ketebalan CANDY KELAPA 1/2 inci. Biar Sejuk kemudian potong kemas. Boleh wrapping ikut kreativiti anda. Boleh aje buat niaga .
🇲🇾 Sukacita Chef Obie war-warkan Info kepada korang yg berminat BUKA KEDAI BAHAN BAKERI


👇
✔️ Sejak tahun 2013 hingga 2023 Chef Obie membantu usahawan baru kedai bahan bakeri di Semenanjung Malaysia , Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

KELAS KEK PASTRI BAKERI DAN KONFEKSI DI KOTA KINABALU SABAH

    KELAS KEK PASTRI BAKERI DAN KONFEKSI DI KOTA KINABALU SABAH    Assalammualaikum Salam Isnin, Warga KK Kota Kinabalu Sabah, Penampang, Pu...