Mengapa Anda Perlu Ikuti KURSUS / KELAS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL CHEF OBIE 2024 INI ?
Sejak kursus / Kelas ini diadakan pada tahun 2012 hingga kini , para pelajar tempatan mahupun luar berjaya mengimplankan ilmu masakan / baking / komersial yang dipelajari dalam rutin kerjaya sebagai peniaga kecil-kecilan mahupun sebagai usahawan . Alhamdulillah
Sesuatu yang positif dan peluang untuk berjaya adalah SAMA RATA , hanya PERBEZAAN seseorang yang lebih berjaya dalam perniagaannya kerana adanya ilmu dalam perniagaan yang diceburi mahupun ilmu pemasaran online dan offline yang praktikal dan terbukti berjaya.Mereka boleh menimba ilmu dengan coach-coach pemasaran mahupun mereka yang pakar dalam mengembangkan perniagaan secara online mahupun offline,
Disini Chef Obie sebagai Chef Profesional mengajar dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menyediakan pelbagai menu hidangan untuk anda gunakan sebagai kemahiran peribadi dan untuk dikembangkan menjadi pilihan utama dalam perniagaan anda.Jangan berlengah tunggu dan tunggu ekonomi dunia pulih ekonomi negara pulih , kita sebagai rakyat - peniaga dan usahawan yang akan menghidupkan microekonomi negara .
Peri Pentingnya anda perlu menajamkan ilmu masakan perniagaan , baking dan komersial bersama Chef Obie Pada Tahun 2024 ini !
Lebih 100 pilihan kursus sebelum ini , terkini pihak Chef Obie telah mengecilkan skop kursus mengikut permintaan paling ramai sejak mula di anjurkan tahun 2012. Malah yuran juga telah di pertimbangkan dan disesuaikan dengan kos dan permintaan hari ini.
Anda juga diberi pilihan subjek adds on ( tambahan ) untuk kursus tertentu seperti kursus western food , kursus mee kari nyonya ,kursus masakan katering dan restoran ianya diwujudkan sekiranya anda ingin menambah menu mengikut keperluan dan kepentingan anda.
InshaAllah KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2024 membantu dan memudahkan anda yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan makanan mampu untuk turut serta dan ikuti kursus ini sama ada jauh mahupun dekat dan seterusnya terus bersaing dalam pasaran offline mahupun online.
No comments:
Post a Comment